Monday 29 September 2014

PART 2 - KISAH PESAKIT TUMOR DUGAAN, FITNAH DAN HINAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati


Terima kasih kerana masih lagi mengikuti kisah saya ini.  Bukanlah tujuan saya menulis blog ini untuk membuka aib sendiri.  Tetapi kerana tanggungjawab saya berkongsi kisah hidup saya dari seorang yang sangat pasif selepas disahkan mempunyai TUMOR di kepala kepada seorang yang sangat bersemangat walau kerap kali di uji oleh ALLAH SWT hingga kini.. Mengharapkan apa yang dikongsikan saya di sini dapat menjadi pengajaran kepada pesakit TUMOR dan orang lain disekeliling.

Penulisan saya ini juga bertujuan supaya orang terdekat memahami kenapa dan apa sebenarnya yang pesakit TUMOR terpaksa lalui.  ini merupakan kesinambungan dari Part 1 dan Part 3.

Adakah sifat pasif saya selama ini adalah habit saya atau itu adalah kesan-kesan sampingan yang saya terpaksa tempuhi??? ... sebenarnya semua itu adalah kesan ubat di awal pengambilan.

Kepada pesakit tumor sentiasalah bermuhasabah diri.  Manfaat setiap ruang...setiap masa yang ada untuk kita berjasa kepada orang ramai dan keluarga.  Rebutlah pahala yang ada.

Kematian itu pasti,
Usah di nanti
Muhasabahlah diri
Moga semua mengerti
Jangan sesekali menyesali
Kuat dan tenangkan diri
sentiasa mensyukuri
Bahagia pasti menanti...
Aamiin..

Tuesday 23 September 2014

CINTA DAN KASIHKU PADA SI TONIC AJAIB VIVIX SHAKLEE




Pada 2008 Shaklee telah berjaya mengeluarkan The Great Vivix Shaklee dan merupakan produk terbagus Shaklee.  Tidak hairanlah Vivix Shaklee telah banyak membantu rakyat seluruh dunia termasuklah saya dan emak.

Kami merupakan pengguna tegar Vivix Shaklee. Bagi saya Vivix telah memberi kesihatan optimum kepada kami berdua.  Saya tidak lagi mengalami masalah besar dengan TUMOR yang banyak memberi kesan buruk kepada hidup saya.  Yang pernah satu ketika dulu membuatkan saya terpaksa berhenti kerja.

PART 1 - AKU & TUMOR. BAHAYAKAH, CAMNA NI???MATI??


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Dirawat Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati


Al Kisahnyaaa….(kesinambungan cerita ada di Part 2 dan Part 3)

BAGAIMANA PENYAKIT DI KESAN?

Pada bulan November 2005 saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor mengenai masalah period saya yang on, off, dan lama tempohnya.  Ada ketikanya sehingga 8 bulan period saya tak keluar.  So, saya ke Klinik Putrajaya Presint 9.  Ini pun entah klinik ke berapa saya pergi.

Oleh kerana umur saya dah 30 tahun, Dr Raja Sharifah menyarankan saya untuk ambil darah dan bukan lagi atas sebab Masalah Ketidakseimbangan Hormon yang sering diperkatakan oleh doktor-doktor yang pernah saya kunjungi sebelum ini.  Tetapi atas kemusykilan beliau tentang tahap kesihatan saya.

Masalah ketidakseimbangan Hormon biasanya dialami oleh ramai remaja. Bila emosi tidak menentu, dan stress yang melampau akan mengakibatkan hormon mereka tidak seimbang.  Tapi tidak dalam usia seperti saya.
                                                                                       
Oh ya… kita teruskan cerita dengan perbualan saya dengan doctor.  Bagaimana doktor boleh kesan penyakit saya. (TERIMA KASIH doktor)