Monday 29 September 2014

PART 2 - KISAH PESAKIT TUMOR DUGAAN, FITNAH DAN HINAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati


Terima kasih kerana masih lagi mengikuti kisah saya ini.  Bukanlah tujuan saya menulis blog ini untuk membuka aib sendiri.  Tetapi kerana tanggungjawab saya berkongsi kisah hidup saya dari seorang yang sangat pasif selepas disahkan mempunyai TUMOR di kepala kepada seorang yang sangat bersemangat walau kerap kali di uji oleh ALLAH SWT hingga kini.. Mengharapkan apa yang dikongsikan saya di sini dapat menjadi pengajaran kepada pesakit TUMOR dan orang lain disekeliling.

Penulisan saya ini juga bertujuan supaya orang terdekat memahami kenapa dan apa sebenarnya yang pesakit TUMOR terpaksa lalui.  ini merupakan kesinambungan dari Part 1 dan Part 3.

Adakah sifat pasif saya selama ini adalah habit saya atau itu adalah kesan-kesan sampingan yang saya terpaksa tempuhi??? ... sebenarnya semua itu adalah kesan ubat di awal pengambilan.

Kepada pesakit tumor sentiasalah bermuhasabah diri.  Manfaat setiap ruang...setiap masa yang ada untuk kita berjasa kepada orang ramai dan keluarga.  Rebutlah pahala yang ada.

Kematian itu pasti,
Usah di nanti
Muhasabahlah diri
Moga semua mengerti
Jangan sesekali menyesali
Kuat dan tenangkan diri
sentiasa mensyukuri
Bahagia pasti menanti...
Aamiin..


So, sebelum saya meneruskan cerita, saya akan terangkan serba sedikit tentang apa itu TUMOR.


Apa itu TUMOR?

Tumor adalah jaringan sel pada tubuh yang tumbuh secara tidak normal dan biasanya membentuk benjolan berupa daging, lemak atau cairan yang akan tumbuh semakin membesar. Tumor ini terbentuk kerana pertumbuhan sel baru yang tidak seimbang yang menggantikan sel lama, sehingga terbentuknya tumor. Pertumbuhan tumor memang relatif lambat dan tidak akan melarat kebahagian tubuh yang lain.

Penyebab Tumor

Banyak sebab yang menyebabkan terjadinya tumor, baik dari faktor internal mahu pun eksternal.

1) Faktor internal
- biasanya kerana faktor keturunan atau genetik.

2) Faktor eksternal 
- biasanya kerana gaya hidup yang kurang sihat seperti rokok, alkohol, zat kimia yang masuk ke tubuh, radiasi sinar matahari yang berlebihan  dan lain-lain.

Gejala Tumor

Gejala tumor dapat dilihat dengan mata kasar, salah satunya adalah munculnya benjolan pada bahagian tubuh dan biasanya tidak terasa sakit, buang air besar yang disertai darah, putaran HAID yang tidak normal, berat badan menurun.

............................................................................................................................

Baiklah, kita teruskan cerita kita ini.

Al Kisah... 

BERMULANYA HIDUP SEBAGAI PESAKIT TUMOR 


Alhamdulillah ALLAH SWT berikan saya penyakit ini.  Penyakit yang banyak mengajar saya erti hidup sebenar.  Penyakit yang banyak mengajar saya erti kasih sayang sebenar.  Penyakit yang mengajar saya erti sebuah persahabatan.  Penyakit yang mengajar saya perlunya sebuah kejayaan untuk bahagia dalam hidup. Penyakit yang mengajar saya erti sebenar sebuah CINTA.

Hahaha... cintan cintun pulaaaa... kita tolak semua itu ketepi... Kita teruskan tentang kehidupan saya selepas disahkan sebagai pesakit TUMOR.  Bagaimana saya di duga dengan fitnah dan hinaan orang.

DOA

Setiap kali sembahyang saya akan sisipkan doa  yang saya ingin menjadi penyelamat, ingin membantu mereka yang memerlukan dengan tenaga dan rezeki ALLAH yang saya ada… dan hingga sekarang ALLAH sentiasa bagi apa yang saya minta... ALHAMDULILLAH...

Mungkin dengan penyakit ini saya dapat membuka minda masyarakat tentang apa itu TUMOR dan memahami pesakit.  Mungkin penyakit ini ALLAH bagi pada saya untuk educate orang lain yang kurang memahami.  Betul tak???

.......................................................................................................

Alhamdulillah... hidup mesti kena sentiasa positif, kena selalu REDHA dengan setiap ujian.  Setiap ujian itu jadikan cabaran.

Bagi saya cabaran yang saya alami sekarang mungkin perlu di kongsi.  Ilmu perlu dikongsikan??? Bukan senang nak dapat pencen kubur.  So, kita kena sentiasa memberi dan terus memberi.  "THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET BACK"

Baiklah, kita teruskan kisah saya.

SAYA SEBELUM INI??? 

Saya cukup pasif.  Terutama selepas tahu saya ada Tumor di kepala saya dan perjalanan hidup saya yang agak berliku.

Saya akan pecah-pecahkan jalan cerita mengikut keadaan atau situasi.

TEMPAT KERJA


Saya bekerja office hour.  Jabatan Kewangan dan rasanya anda semua tahu yang kami biasanya lambat balik.  Waktu itu saya di bahagian Payroll. Usah cerita tahap kesibukkannya.  Kadang-kadang terpaksa balik malam kerana kerja yang banyak. Malah pernah balik pukul 6 pagi untuk selesaikan kerja. (dengan beberapa orang staff bila kami dapat arahan 'URGENT' dari pihak atasan).

Rutin harian saya di office bermula dengan sarapan dan makan ubat Bromocriptine yang doktor bekalkan, 2 biji pagi dan 2 biji malam.

Kesan ubat ini sangat kuat memandangkan tahap kesihatan ketika itu agak teruk. Yalah tahap hormon saya ketika itu hampir 20,000 dan size selepas MRI kali pertama adalah 1cm.  Tumor di dalam kepala  tidak boleh lebih 1 cm sebab takut menyentuh saraf-saraf lain.

Mesin MRI - Keseluruhan badan akan masuk kedalam mesin dalam tempoh 1 jam.  Jika ada masalah mungkin ambil masa lagi lama.  Keadaan di dalam mesin sangat bising seperti construction.  Tidak boleh bergerak.  Jika tidak kena ulangi prosedur yang sama beberapa kali. Sangat sejuk

Cecair contrast akan di masukkan ke dalam saraf otak dan akan mewarnakan bahagian yang bermasalah. Gambar akan di ambil seperti gambar di atas.

Tindakbalas seperti meloya dan nak muntah memang kerap. Pening, seram sejuk, mengantuk cukup menganggu kerja saya.  Rasa tidak mahu pergi kerja dan hendak berehat di rumah je.  Tapi tarikh nikah hanya tinggal lebih kurang 5 bulan. Duit kena cari. Nak kawin kan...

Saya nak kawin

Alhamdulillah waktu itu saya menaiki pengangkutan awam.  Tak menjadi masalah sangat. Cuma, setiap kali saya berdiri saya selalu hampir pitam.  Badan saya seram sejuk.  Nak muntah nak pengsan.  Badan selalu mengeletar.  Kesan ubat malam sebelumnya. Selalunya orang akan bagi saya duduk. Kekadang kalau orang tak perasan, saya duduk atas lantai LRT atau mencangkung di satu sudut. Kekadang ada pimpin saya duduk di bangku LRT. Ini  perkara normal saya alami selama hampir setahun.  Dahlah jauh dengan mak abah.  Dia orang tak tahupun condition saya sebenar.

Tunang??? saya tau orang akan tertanya-tanya ke mana tunang saya??? Tunang saya ketika itu bertugas di Tanjung Pelepas dan kami memang dah berjanji takkan berjumpa sehingga hari nikah.  Last kami berjumpa selepas MRI pertama saya pada awal tahun 2006. Itu pun bersama-sama mak dan adik beradik saya.  Dan berjumpa semula selepas 5 bulan iaitu sehari sebelum nikah untuk bagi tanjak dan sampin.  So, nak tak nak saya kenalah "independent".

Semasa saya di office saya memang sangat pasif.  Tak banyak cakap sangat sebab saya asyik meloya. Pergerakan yang banyak buat saya jadi letih dan pitam. Ikut suka hati saya je nak duduk kat lantai di office. Sebab itu saya malas nak ke sana ke sini. Pergaulan memang kurang dengan kawan-kawan office.  Nak pulak kami di Payroll dulu dalam satu bilik khas.  Terasing dengan staff -staff lain.


sedih dan pasif

Saya kerap ke tandas sebab rasa nak muntah. Ada masanya saya rasa nak tidur sangat. Kerja saya jadi agak terganggu.  Tapi saya tetap komited dengan tugas yang diberi. Tak pernah delay.  Alhamdulillah.

Kawan-kawan yang tak tau saya sakit mula berprasangka.  Mana yang hanya memandang dan tak bertanya mestilah besar prasangkanya. Memang keadaan saya macam orang mengandung. Meloya dalam tandas... Muka merah... kerap menangis.... Saya tak salahkan mereka.



Selalu dalam hati saya kata; "Ya ALLAH, tak laratnya hambamu ini, tak larat...tak larat... emakkk...abahhh... Kak Ngah tak larat"... sambil menangis.

dalam tempoh ini rasa nak terbaring dan tidur sahaja

Tapi saya tak pernah cerita perasaan itu pada emak dan abah... Nanti dia tak bagi saya kerja... saya nak kawin nih... hahaha...

Waktu tu rasa seksanyaaalah... Tapi REDHA dengan ketentuanNYA...  "Life must goes on"... orang lain lagi teruk sakitnya.

Dalam tandas office ada juga yang bertanya pada saya. Maklumlah belum nikah dah start meloya-loya dan muka pucat lesi. Mana yang berprasangka tu saya dah maafkan mereka sebab mereka tidak tahu perkara sebenar.

Officemate : "Marina, you tak sihat ke?"

Saya : "Ok kak... rasa meloya..badan mengeletar je... tak tau kenapa" (time tu saya memang tak perasan sebab ubat.  Yalah baru makan sekali dua)

Officemate : "You mengandung ke??? You nikah ke tunang baru ni marina??? engko jangan buat hal marina... hahahaha" (sebenarnya bunyi gelak dia bukan macam tu... tak pandai saya nak transferkan bunyi kepada tulisan)

Saya : "Taklah kak... Effect ubat saya nih.."..

Officemate : "Ubat apa??? engko sakit apa???

Saya : Saya ada TUMOR kak... (sambil menangis.  Time ni saya rasa mungkin saya akan mati.  Saya takut buta...saya takut sawan...saya takut tak ada anak)

Officemate : "Ya ke??? Maaflah kat akak ya marina... Engko rehatlah... mintak MC... Sakit buat apa datang kerja.  Tak apalah... akak kuar dululah ya...banyak bersabar"

Lama kelamaan kawan-kawan semua tahu.   Sorang persorang datang bertanya khabar. Alhamdulillah... Bos pun sangat memahami.


BERHENTI KERJA

Sepanjang saya di Petronas, saya telah berhenti 2 kali kerana sakit saya.  Mata saya tidak dapat melihat komputer dalam tempoh yang lama. Saya tak mampu bergerak aktif.  Mata saya menjadi kecil sebelah. Tapi saya rasa mata saya sebesar bola golf nak kuar.

Mata kelabu dan mengecil

Saya dengan sendirinya meletakkan jawatan atas alasan kesihatan.  Saya tak mahu effect pada kerja saya dalam masa yang sama saya juga perlu pentingkan diri saya dahulu.  Bagi saya company boleh cari pengganti dengan mudah.  Tetapi kalau saya sakit, mak abah juga yang susah.

Bos saya waktu itu Lilis Zuriani.

Saya : Kak Lilis, boleh tak saya nak cuti setahun tanpa gaji?  Saya tak berapa sihatlah kak Lilis. Kak Lilis perasan tak mata saya nie???

Bos : "Aaaa...ah... i perasan jugak Marina... kecik jadinya ya.. kenapa sebelah aje??"

Saya : "Sebab Tumor ni lebih membengkok ke ke kanan"

Bos : "Oooo... you nak cuti tanpa gaji... you contract Marina, tak boleh...I pun kesian kat you ni"

Saya : " Kalau macam tu saya terpaksa resign kat Lilis.  Lagipun saya teruk mabuk.  Ini ada surat saya.  1 bulan notice"

Bos : "Alooo... betul ke you nak berhenti marina.  You tak menyesal ke berhenti???

Saya : "Saya terpaksa kak Lilis"

Bos : Camnilah marina, you boleh datang bila-bila masa you sihat.  Kalau ada position kosong kat department kita ni, bolehlah masuk semula.  Kalau takda i akan cuba carikan" (Bertuah saya dapat bos yang baik.  Hingga sekarang semua bos saya baik-baik)

Saya berhenti kerja dan ikut suami di Johor.


MENGANDUNG

Saya alami alahan yang sangat teruk.  Mabuk mengandung dan mabuk ubat.  Sampai bersalinlah mabuknya.  Sepanjang mengandung saya banyak berehat.



Pada bulan ke 6, pembesaran bayi terlalu perlahan dan saya telah di minta tinggal di Hospital sehingga bersalin.  Saya di masukkan ke Hospital Sultan Aminah atas alasan IUGR. Berat bayi tak sampai 1kg. Sepanjang 2 bulan di sana, emak dan abah tidak tahu langsung saya berada di wad. Saya terpaksa menipu mereka kerana tidak mahu mereka risau.  Emak dan abah selalu tidak tidur malam kalau mereka risau.  Teringat waktu saya nak exam masa tingkatan 3, mereka tak tidur sangat.  Kekadang buatkan air susu untuk saya malam-malam.

Mak : "Masak apa hari ni??? "

Saya : "Masak biasa je mak.  Ayam masak kurma dan ....."(ikut menu Hospital bagi... hahaha)

Mak : "Pandai gamoknya??? selalu tepon nanya resepi. Awok nengok majalah ke? Patut lama tak telefon" (Saya tak telefon lama sebab tak nak banyak sangat berdosa tipu mak saya.  Yalah 2 bulan di Hospital.  Bertimbun dosa menipu orang kata)

Saya : "hahahaha... betul lah tu emok... apa lagi..majalah lah.."

Begitulah saya saban hari.  Kalau mak tanya kenapa bising saya kata saya di kedai beli barang.  Setiap kali letak telefon saya menangis... menangis dan menangis...

menangis, menangis dan menangis....

Saya : "Makkkkkk.....tolong kak ngah... abahhhhh... tolong kak ngah.(nilah anak manja... mungkin paling manja dan paling degil dan paling keras hati)

Semasa dalam wad saya punya hormon menjadi 10,000 bacaannya.  Hampir setiap hari saya menangis. Tertekan dengan suasana di wad kelas 3 yang di dalamnya ada hampir 100 orang.   Setiap baris lebih kurang 10 - 15 orang dan bertentang dengan lagi 15 orang.
Hospital Sultanah Aminah kelas 3.  Sekarang saya tak pasti keadaan yang terkini.

Bayangkan kalau 5 orang melawat untuk setiap seorang dalam wad.  Dengan kanak-kanak yang berlari ke hulu ke hilir. Dengan perbualan keluarga orang dan di kanan kiri saya. Sedangkan saya kesorangan hari-hari selama 2 bulan.  Hormon saya makin meningkat.


Hari-hari saya menangis minta balik. Tiada siapa datang melawat saya. Bila tengok orang makan sedap-sedap saya selalu menangis. (duduk dalam Hospital macam orang tak pernah jumpa makanan.  Semuanya teringin.  Yalahkan... orang mengandung macam-macam nak)

Saya makin tertekan... Akhirnya saya bersuara...

Saya : "Doktor, saya nak balik... Saya rasa saya makin tension tinggal di sini. Bising sangat di sini. "
(sedihnya saya ketika itu hanya ALLAH yang tahu.   dan ketika menaip cerita ini air mata saya tak berhenti mengalir...  Saya kerap berada di surau dan mengadu dengan ALLAH.  siapa lagi yang saya ada di sana.  Kepala saya selalu pening.  Tetapi demi baby dalam perut saya kuatkan juga semangat.  Tak tahan bila setiap 4 pagi dah dikejutkan untuk check jantung baby)

Doktor : "I faham.  Tak apa, nanti saya berbincang dengan doktor pakar ya... "

Doktor Pakar : "Marina, kami bukan tak nak bagi you balik.  Tapi risiko you terlalu besar.  Pemantauan pada you perlu kerap.  You tau kan yang TUMOR membesar jika mengandung?? You taukan risiko kalau TUMOR membesar tanpa di kawal??? Ubat yang you makan sekarang tak boleh lebih dos untuk kawal TUMOR you. Akan effect anak you.  I harap you bersabar.  Apa-apa you boleh beritahu kami ya..." (Setiap kali berjumpa doktor saya akan mintak balik...macam budak kecikkan??)

Saya lalui hari-hari di Hospital dengan membantu kawan-kawan.  Sayalah yang akan berlari panggil doktor atau nurse kalau kawan-kawan saya sakit.   Sayalah yang akan buatkan susu untuk kawan-kawan.  Saya ramai kawan.  Tapi semua lost contact bila bertukar nombor.  Ada yang bagi saya susu... ada yang bagi saya obimin... Kami dah macam adik beradik dalam tu.  Sebab ada juga yang tinggal dalam 2 hingga 3 minggu.  Bila dia orang keluar adalah yang bagi macam-macam.  Baju baby, botol susu pun dia orang bagi kat saya..hahaha... maklumlah, dia org tau mungkin saya tak sempat beli persiapan sebab masuk terlalu awal Hospital)

Kalau ada yang bersalin saya akan tolong pegangkan baby.  Saya akan tukarkan lampin. Seronok time kami sahaja.  Tension time orang melawat.  Suami saya datang seminggu sekali masa dia cuti.  Itu pun dalam setengah jam sebab time melawat tak lama kan...

Di Hospital Sultanah Aminah saya di bawah pemantauan Prof.Dr Khalid, untuk bahagian Endocrine. Beliau sering melakukan ujian penglihatan dan mengetuk lutut, belakang tengkok, dan tangan saya.  Malah jari-jari saya pun dia check.  Saya terlupa nak tanya atas reason apa.

Tapi seingat saya doktor Badrul di Putrajaya pernah mention yang salah satu kesan terhadap saya adalah osteporasis.  Tetapi hanya 2 bulan sahaja saya di bawah pemantauan beliau.

Saya berpindah ke Hospital Kuantan apabila suami bertukar kerja.

PRA BERSALIN

Pada 11 February 2007 saya teringin ambil angin malam di Teluk Chempedak.  Suami saya bawa saya di sana.

Saya : "Abang, sayang rasa macammmm... hemmm....mmm... takpalah..."

Suami : "Apa??? "

Saya : "Sayang rasa macam baby akan pergi jauh je dari sayang"

Suami : "Jauh camna???"

Saya : "Entahlah... tapi selalu rasa macam tu... " (Sambil saya menangis...)

Suami : "Takda menda lah"...(Style orang pahang bercakap)

3 hari selepas itu saya terasa sakit ingin bersalin.... pada malam 13 February 2007  Sedangkan saya sepatutnya bersalin secara ceaserean pada 15 February 2007.
................................................................................  

Tiada siapa yang tahu
Apa yang kita LALUI…
Tiada siapa yang MENGERTI…
Seberat mana kita menanggung di hati…
Selagi kita bernama MANUSIA
Selagi itu kita di uji…
Walau KESAKITANNYA begitu PEDIH SEKALI..
Terus melangkah… dan ..
Tak mungkin berhenti… tak pernah mengalah...

Kisah saya bersalin dan semasa pantang akan saya cerita selepas ini di PART 3.

Penghinaan semakin teruk...

Salahkah aku kerana ada TUMOR??? Kenapa aku dihina sebegini teruk????

PENGAJARAN

1) Sentiasa bermuhasabah diri
2) Jangan sesekali bersedih dan meratapi
3) Jangan sesekali menyesali segala yang berlaku
4) Jangan menilai orang dengan mata kasar atau bahasa Jawa "Don't judge the book by its cover".  Dapatkan kepastian sebelum menyebarkan cerita.  Sebab cerita tidak benar boleh membawa Fitnah.
5) Jangan menghina atas kekurangan seseorang
6) Hormatilah pesakit di Hospital.  Kalau boleh janganlah bercakap terlalu kuat.
7) Dekatkan diri dengan ALLAH SWT dan mengadu padanya
8) Jangan berdendam.

PERINGATAN KEPADA PESAKIT
1) Pastikan anda semua ambil makanan waktu sarapan, lunch dan dinner.  If you skip the meal boleh buat badan you lagi mengeletar atau boleh pitam.

2) Elakkan makanan atau supplement berbentuk herba.  Saya try ambil Alfalfa baru-baru ini.  Dan agak menganggu kesihatan saya.  Pernah cuba perapat berbentuk air tradisional.  Najis saya mengeluarkan darah. Dua produk saya cuba.  Ini bukan salah produk tapi salah kita sendiri.

3) Jangan ambil ice terlalu kerap.  Kalau boleh elakkan.

4) Sila kawal stress anda dengan banyak beristigfar dan lakukan amalan tambahan.  Buatlah solat taubat, tahajud, dhuha dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain untuk cool kan diri. Wajibkan diri untuk ambil Vitamin B Complex Shaklee.  Sangat helpful.

5) Buzykan diri dengan aktiviti riadah atau aktiviti-aktiviti yang boleh membina kepada pemikiran yang positif.

6) Buat apa yang menyenangkan... dan bukan yang memberi masalah.  Buat sesuatu hari ini untuk bahagia hari esok.

7) Banyakkan baca buku-buku motivasi dan keagamaan.  Penyakit kita perlukan santapan rohani.

8) Sentiasa jaga hubungan dengan ALLAH dan sesama manusia.


7 LANGKAH HADAPI DUGAAAN











No comments:

Post a Comment