Tuesday 23 September 2014

PART 1 - AKU & TUMOR. BAHAYAKAH, CAMNA NI???MATI??


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Dirawat Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati


Al Kisahnyaaa….(kesinambungan cerita ada di Part 2 dan Part 3)

BAGAIMANA PENYAKIT DI KESAN?

Pada bulan November 2005 saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor mengenai masalah period saya yang on, off, dan lama tempohnya.  Ada ketikanya sehingga 8 bulan period saya tak keluar.  So, saya ke Klinik Putrajaya Presint 9.  Ini pun entah klinik ke berapa saya pergi.

Oleh kerana umur saya dah 30 tahun, Dr Raja Sharifah menyarankan saya untuk ambil darah dan bukan lagi atas sebab Masalah Ketidakseimbangan Hormon yang sering diperkatakan oleh doktor-doktor yang pernah saya kunjungi sebelum ini.  Tetapi atas kemusykilan beliau tentang tahap kesihatan saya.

Masalah ketidakseimbangan Hormon biasanya dialami oleh ramai remaja. Bila emosi tidak menentu, dan stress yang melampau akan mengakibatkan hormon mereka tidak seimbang.  Tapi tidak dalam usia seperti saya.
                                                                                       
Oh ya… kita teruskan cerita dengan perbualan saya dengan doctor.  Bagaimana doktor boleh kesan penyakit saya. (TERIMA KASIH doktor)


.......................................................................................................................................

Doktor  :  “Dengan umur 30 tahun ni kita tak boleh nak kata lagi ketidak seimbangan hormon.  Sebab kebiasaannya ada masalah lain yang berkaitan.  Biasanya di bahagian kepala, sebab di situ terletaknya kelenjar yang mengawal hormon period awak nih…mmmm…takpa…”
(sambil beliau sibuk menaip memasukkan data dalam komputer)

Saya : “Masalah apa doktor? “
(mood : Blur…  Betul ke mimpi dan naluri aku yang aku ada barah otak???)
Hahaha… saya memang kuat naluri sebenarnya.  Kerap dapat bayangan sesuatu..dan ia selalunya memang kenyataan…omputih kata instinct)

Doktor : “Kita ambik darah dulu. Baru boleh tau masalah apa..”
(sambil tersenyum… doktor ni memang cantik dan kecik je)

Selepas ambik darah, doktor minta saya bersabar dan akan di hubungi kemudian.

Rasanya dalam tempoh seminggu atau 2 minggu selepas itu, doktor Sharifah telefon saya. Minta untuk datang berjumpa beliau dengan segera.

Memang suspen… Nauzubillahiminzaliq..Dalam otak terfikirkan barah otak je. 
(Macam mendoakan pulak.. moga dijauhkan…Aamiin)

Doktor : “Marina, I nak terangkanlah tentang keputusan darah yang kita perolehi dari hasil ujian darah you tempohari.”

Saya: “OK” (dalam hati : …keciknya bibir doctor ni… comei..)

Doktor : “Hormon prolaktin you sangat tinggi dan bukan di tahap biasa atau normal ya… kebiasaannya hormon prolatktin orang yang normal adalah 600 kebawah.  Tetapi dari bacaan darah you, hormon prolaktin you adalah 17,000.”

Saya : Mood : Diam dan kelu lidah 
(Terkelip-kelip mata tak berapa nak faham, tapi tenang).  “Erkkk… Apa tu eh doktor?”
                                                                                                               
Doktor : “Beginilah Marina, I akan refer you dengan Dr Badrul di Hospital Pakar Putrajaya.  Kejap lagi I akan buat surat untuk you bawa nanti.  Sebelum itu I nak minta you segera berjumpa dengan Dr Badrul. Jangan tangguh-tangguh.  Sebab you perlu berjumpa doctor untuk buat appointment lain pula seperti MRI, ujian penglihatan dan senang doktor nak bagi you ubat yang sesuai.”


Saya: Baiklah doktor… (Alhamdulillah bukan kanser)


HOSPITAL PUTRAJAYA

Selepas MRI di Hospital Selayang.

Doktor Badrul: “Marina apa khabar?”

Saya : “Alhamdulillah doktor.” (sambil senyum)

Doktor Badrul: “Kecik je kamu nih, tak makan ke apa??? Hahaha… (pandai doktor alihkan rasa seriau saya nih).  Saya dah tengok keputusan darah kamu dan MRI kamu,  dan keputusannya kamu ada Puituitary Tumor yang kita panggil Microprolaktinoma”



“Untuk tahap penglihatan kamu juga saya tengok seperti ada masalah dengan mata kanan kamu.  Kalau tengok MRI ini pun nampak TUMOR ini lebih menekan saraf mata kanan kamu.

“Ada masalah dengan penglihatan?”
                                 
Saya: “Ada juga doktor. Kalau tengok PC lama mata saya macam bergegar dan kabur… Kena kedip-kedip lama…” 
(sambil mengedipkan mata saya)

“Doktorrr….mmmm… apa effect pada diri saya ya doktor… Misalnya kalau saya tak datang jumpa doktor sharifah baru ini dan hanya berpegang kepada ‘ketidakseimbangan Hormon’.  Yalah, saya ni macam-macam supplement makan doktor.  Apa ya doktor, kesannya?”

Doktor Badrul: “Maaf ya Marina.  Ini yang pernah dibuat kajian dan risiko kalau takda rawatan adalah mata you boleh buta sebab TUMOR menekan saraf mata.  Mungkin juga boleh sawan, Osteporosis dan feterlity” (sebenarnya banyak, tapi ini je saya ingat, takut salah tulis pula)

Pituitary Effect

                                                    
“Marina, breast you ada susu ke??? “

Saya: “Aaaaaaa….??? (Mulut saya terlopong) Saya tak kawin lagi doktor.”

Doktor Badrul: “Sebab you tak kawin lagi you tak tau ni marina. (Baring dekat belakang Marina.  (saya tak ingat saya picit sendiri ke doktor yang picitkan breast saya… malu kot… masa tu belum kawin lagi. Tapi Nurse memang sentiasa ada)

“mmm… you memang ada susu.” (susu tu seperti kolostrum)



“Takpa, saya akan bagi ubat untuk hentikan susu.  Nama ubat tu Bromocryptine.”

“Lepas ni I takmau you makan sembarangan ubat.  Panadol pun tak boleh.  Sakit kepala atau apa-apa saya nak you direct dengan Hospital dan terangkan condition you.  Lagi satu..., jangan ambik jamu ke, herba ke... sebab boleh mengalakkan pembesaran you punya TUMOR.  Ingat tu... "


Saya: “Baik doktor, ingat-ingat”

Doktor : Saya akan bagi you Bromocriptine.  Ubat ni ada effect sikit.. Mungkin you akan rasa meloya atau muntah, mungkin you akan mengantuk, letih, pening... Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam ya.. ok...

Saya : Terima kasih doktor
......................................................................................................................................

Sejak dari itu bermulalah hidup saya sebagai pesakit TUMOR secara rasminya.  Macam-macam dugaan terpaksa saya hadapi sepanjang saya sakit.  Sehinggalah segala-galanya berubah.  Apa yang telah membuat saya berubah dan setakat mana perubahan itu?

MORAL

1) Jangan tunggu lama untuk detect sakit you all.  Period yang selalu terganggu kebiasaannya di sebabkan ketidak seimbangan hormon.  Tapi tak mustahil hormon tu terganggu kerana perkara lain.  Ambik darah adalah jalan terbaik yang saya rasa doktor Klinik Putrajaya lakukan. 

2) Begitu juga ada masalah dengan kekerapan pening kepala.  

- Jangan berlagak anda boleh tahan dengan keadaan itu.  
- Jangan ambil sebarangan ubat terutamanya Ubat Tahan Sakit seperti PANADOL terlalu kerap.  Sebab anda berisiko untuk dapat penyakit buah pinggang dalam jangka masa panjang.  Dapatkan nasihat doktor.

3) Pengambilan Jamu dan Herba di larang sama sekali bagi pesakit TUMOR kerana ia menggalakkan pembesaran TUMOR.

3) Setiap ujian yang ALLAH berikan jangan sesekali dipersoalkan. Setiap satunya ada hikmah yang kita tak nampak.  Janji ALLAH itu pasti.  Janji ALLAH itu pasti indah di akhirnya.

4) Jangan sekali putus asa.  Kematian itu hak semua orang.  Tiada yang terkecuali.  Yang penting gunakan masa yang ada untuk beribadat, berjasa kepada ibu bapa dan orang ramai dan sentiasa mencari yang terbaik untuk mengubati penyakit yang di hadapi.  Takdir boleh di ubah dengan doa... Berusaha dan bertawakal lah.


5) Banyakkan timba ilmu.  Imbangi ilmu duniawi dengan ilmu akhirat.  Saya suka baca buku Motivasi yang berkaitan dengan keislaman.  Buku Ustaz Kazim Elias, Dr Muhaya, Prof Doktor Muhaya, Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Dr. Robiah K. Hamzah. 

6) Letakkan ibu bapa dan suami No. 1.

7) Jaga hubungan dengan ALLAH.  Belum terlambat untuk sentiasa bertaubat. (saya semakin dekat dengan ALLAH bila saya join perniagaan SHAKLEE.  Bila kolam jiwa saya yang berkeladak ini telah diberikan suntikan semangat.  Team yang selalu ingatkan saya tentang membantu orang lain)

8) Jaga hubungan sesama manusia.  Memaafkan itu lebih baik.

In Shaa ALLAH saya akan sambung cerita tentang ujian ALLAH ini di PART 2.  Cerita peritnya ujian kerana aku seorang pesakit TUMOR... Hinaan, cacian, kehilangan, kesukaran hidup...dan...


(Sila Like dan Share kisah saya supaya sampai kepada semua orang dan bermanfaat kepada mereka yang sama-sama alami masalah ini... TERIMA KASIH)


Jumpa Lagi...





Keahlian Percuma



Sila Click - bermula dari Ebook yang merubah diri saya














No comments:

Post a Comment