Saturday 18 October 2014

PART 3 - Testimoni TUMOR BUKAN PENYEBAB "MIN" PERGI DAN TAK KEMBALI..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk berkongsi cerita saya sebagai seorang pesakit TUMOR. Terfikir juga saya, kalau saya ini yang berpenyakit TUMOR sahaja, dah di hina orang, bagaimana dengan mereka yang mengalami masalah yang lebih teruk??? Al Fatihah sahaja yang dapat saya sampaikan kepada mereka supaya mereka tabah menghadapi hidup ini.



Cerita tentang anak...

ANAK

Anak itu adalah amanah, bukan hadiah
Amanah yang tiada tarikh luput
Amanah yang nilainya mampu meletakkan kita ke syurga
Amanah yang mampu menjerumuskan kita ke neraka

Di mana kita sebagai ibubapa
Di mana kita sebagai anak
Adakah kita mendidik anak menuju ke syurga ?
Adakah kita membawa ibu bapa kita ke neraka?

Yang pengecut tak boleh jadi ibu bapa
Takut kat anak... Takut anak lari..Takut anak benci..
Bukankah sepatutnya takut pada ALLAH???
Takut kerana gagal mendidik???

Ingatlah rakan-rakan semua...
Anak adalah satu anugerah...
Anak adalah satu amanah...

So, please jangan takut pada anak!!!
So, please jangan jadi ibu bapa pengecut
Sentiasa bersama mereka
walau bukan depan mata...

Moga merekalah yang akan mendoakan kita
Moga merekalah harapan anak bangsa
Moga merekalah harapan agama
Moga bahagia kita adalah bahagia mereka...Aamiin..

Sebelum saya meneruskan cerita, saya harap bagi yang belum membaca Part 1 dan Part 2 silalah baca terlebih dahulu untuk kesinambungan cerita.



.........FLASHBACK PART 2.........




Pra Bersalin

Pada 11 February 2007 saya teringin ambil angin malam di Teluk Chempedak.  Suami saya bawa saya di sana.

Saya : "Abang, sayang rasa macammmm... hemmm....mmm... takpalah..."

Suami : "Apa??? "

Saya : "Sayang rasa macam baby akan pergi jauh je dari sayang"

Suami : "Jauh camna???"

Saya : "Entahlah... tapi selalu rasa macam tu... " (Sambil saya menangis...)

Suami : "Takda menda lah"...(Style orang pahang bercakap)

3 hari selepas itu saya terasa sakit ingin bersalin...iaitu pada malam 13 Februari 2007. Sedangkan saya sepatutnya bersalin secara ceaserean pada 15 Februari 2007.


Mujurlah dah 37 minggu.  At least baby dah besar sikit kan.  Berbanding semasa di Hospital Sultanah Aminah Johor, saya di rancang untuk di ceaser since kandungan 34 minggu lagi. Satu suntikan diberikan kepada saya iaitu suntikan (dexa) untuk mematangkan paru-paru baby.





Setiap kali doktor datang, setiap kali itu saya berdoa semoga saya dapat bersalin secara normal. Walau memang dah tau yang saya tak mungkin akan bersalin normal. (doktor takut TUMOR pecah semasa proses meneran.  Pernah Prof. Khalid, Pakar Endocrine yang merawat saya di Johor bercerita tentang kisah seorang wanita yang melahirkan anaknya yang ke enam telah berlaku 'pop' dalam kepalanya. Serta merta dilakukan pembedahan di kepala dan Alhamdulillah beliau sihat sehingga sekarang.. scary juga dengar cerita doktor tu)

14 FEBRUARI 2014

Setiap tahun bila datangnya tarikh ini, saya sangat happy.  Ialahkan, tarikh keramat dalam hidup saya. Tarikh saya bergelar seorang ibu kerana secara rasminya telah melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup sifatnya.

Tarikh saya melahirkan anak syurga.  Tarikh yang saya tak akan pernah lupakan sepanjang hidup saya.

Namun di sebalik tarikh keramat saya ini, 14hb Februari juga merupakan tarikh yang di anggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih.

Jom... saya bercerita serba sedikit tentang ilmu yang kita dapat dari tarikh keramat saya ini. Dalam bercerita saya juga ingin terapkan pengajaran di setiap entry saya.  

Mari kita kongsi bersama-sama cerita 14 Februari ini.

Tarikh ini dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dan di anggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. 

Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya ia hendaklah berwarna merah, dan mereka bertukar-tukar hadiah dan kebiasaannya adalah bunga ros berwarna merah.

Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Maka para ulamak telah merumuskan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). 
(Al-Baqarah: 120)

Inilah cerita disebalik tarikh keramat saya.  Tarikh kegembiraan saya dan tarikh kesedihan dalam masyarakat islam.  Nauzubillahiminzaliq...


WARDED

Pada seawal 1 pagi, 14 Februari 2007, saya berasa sangat sakit dan saya di hantar ke Hospital Ampuan Afzan, Kuantan.

Semasa dalam ward, sakit kerap mendatang.  Tak boleh tidur.  Asyik ke tandas je. Nurse asyik suruh check kekerapan waktu sakit. Saya lak sikit-sikit nak menangis... bukan sebab sakit...tapi sebab dah letih dan takda tenaga rasanya... badan pun seperti dehidrat sebab tak minum air... takut kencing lagi..

Oleh kerana keletihan berulang alik ke tandas, saya tertidur tak sedarkan diri dalam pukul 5 pagi.  Sedar-sedar doktor yang sepatutnya ceaser saya pada 15 Februari datang check saya.  Dia kejutkan saya dan rasa perut saya sangat keras. (saya called dia malam tu inform saya sakit.  Dia baru tidur... tak baikkan saya kejut doktor malam-malam. Anyway, thank you doktor)

BERSALIN

Semasa doktor check perut saya begitu mengeras dan immediately doktor suruh tolak ke Labour room. Waktu tu saya dah tak bermaya.  Letih sungguh sepanjang malam bertarung sakit.  Saya hanya pandang je semua nurse busy selepas dapat arahan dari doktor. Terkedip-kedip mata saya... rasa nak tidur semula. Saya letih sungguh... Takda tenaga.  Time tu taktau pun ada set-set mengandung Shaklee nih...hahaha..sempat lagi saya nak promote ya...

Di bilik OT saya sign surat untuk epidural separuh badan.

Kemudian di suruh duduk dan doktor pakar bius menerangkan apa yang akan berlaku dan kesan epidural. Beliau pesan supaya jangan mengerakkan tubuh semasa beliau lakukan bius.

Tapi, semasa proses beliau masukkan jarum dan bius saya, tetiba kaki saya di sebelah kiri terangkat tinggi. Refleksi dari suntikan.  Terkejut saya dan doktor. Macam orang sedang lakukan senaman. (Sampai hari ini saya ada problem dengan kaki kiri sehingga ada masanya saya akan jatuh tiba-tiba semasa berjalan... kelakarkan??? tetiba aje...  kekadang malu bila depan orang ramai saya jatuh.  Pernah sekali tengah bercakap dengan sales girl saya terjatuh dan terduduk...hehehe...saya di refer Hospital Serdang untuk buat MRI tapi saya jenis degil.. hehehe..tak pergi)

Sekitar perbualan saya dan doktor bius..

Doktor : "I dah pesan jangan gerakkan badan tadi..."

Saya : "Saya tak tau doktor. Tetiba je kaki saya naik.." (pelik bin ajaib nih..tinggi kaki saya terangkat)

Saya dibaringkan dan semua orang dalam OT start prepare untuk ceaserean.  Tangan saya dah diikat kiri kanan.

Nampak agak kelam kabut juga sehingga ada satu benda yang nurse tak sempat buat di bahagian bakal ceaser.

Doktor start berborak dengan saya dan cuba buat sesuatu di kaki saya.  Badan saya start tak rasa apa-apa dari pinggang ke bawah.

Doktor : "You ada rasa tak?"

Saya : "Takda..." (dengan suara yang jauh..letih sakit malam tadi tak hilang lagi..dan mamai)


CEASEREAN




Doktor start lakukan ceaserean atas saya.  Berbau daging saya di potong.  Tiba-tiba terasa sesuatu ditarik keluar dari perut saya.  Saya hanya memerhati dari jaringan kain hijau jarang tapi tak nampak apa-apa.  Cuma terdengar tangisan baby.  Kuat dan nyaring.

Nurse : " Comeinya baby..." (baby berkulit cerah, hidung mancung dan berkaki panjang seperti daddynya)

Syukur Alhamdulillah.  Tepat pukul 9:45am, 14 Februari 2007, saya melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.42kg.  Masih tergiang-ngiang di telinga saya bunyi tangisan itu... ALLAHUAKBAR... Indahnya hidup saya...


Saya : Alhamdulillah Ya ALLAH... aku telah menjadi ibu... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Ya ALLAH... kuatnya baby menangis... (saya berkata-kata di dalam hati)

Sambil mengelamun... sambil berfikir indahnya hidup saya... terbayang-bayang saya pegang baby.  Terbayang-bayang saya menyusukan baby...terbayang-bayang orang datang melawat.  Terbayang-bayang saat gembira bersama suami. Semua dalam bayangan saya.  Tiada langsung terbayang akan kesedihan.  Kesedihan selama hampir 3 bulan tinggal di Hospital cukup bagi saya. Saya nak bersama-sama orang yang saya sayang.


Dalam saya mengelamun tu doktor sibuk menyedut darah saya dan gam kesan ceaser.  Ada sedikit jahitan di situ.

Tiba-tiba datang dua orang nurse bawak baby.  Baby diam je.  Tidur.  saya hanya tengok baby dalam jarak lebih hampir 1 meter. Saya hanya mampu melihat dari jauh...masih terbaring dan doktor masih sibuk bersihkan perut saya. Lagipun mungkin kesan epidural saya hanya mampu tersenyum.  Tangan diikat di kiri kanan.

Doktor : "Tunjukkan dekat sikit baby tu... kenapa jauh sangat"...

Nurse bergerak hampir sedikit dengan saya lebih kurang 1/2 meter.

Nurse : Puan, tau tak apa jantina anak puan ni? Lelaki ke perempuan?

Saya : Girl (hahaha... tetiba jawab omputih... saya tak ingat apa lagi soalan nurse pada saya)

Kemudian baby di bawa pergi dari situ.


WARD

Selesai prosedur selepas bersalin, saya di hantar ke wad.  Semasa saya di tolak ke wad saya ternampak suami saya di luar menunggu. (Saya sempat hantar sms pada suami sebelum masuk OT).

Suami : "Mana baby"

Saya : "Tak tahu..." (masih mamai)

Nurse : "Dah hantar wad baby ya..."

Saya terus di tolak masuk wad.  Ramai ibu baru melahirkan anak.  Tangisan baby berselang seli.  Tersenyum saya melihat baby nak menyusu tapi tak jumpa puting...hehehe...

Di kanan saya pula bayi kuning.  Duduk dalam ecubator berlampukan warna biru.

Oleh kerana terlalu letih saya tertidur.  Terjaga dari tidur saya nampak suami berjalan ke arah saya.

Saya : "Mana baby???"

Suami : "Kat atas..."

Saya : "Abang dah tengok dia ke?"

Suami : "Dah...kulit dia kering je.. Baby ada lesung pipit.."

Suami senyap dan tunduk.  Matanya berair. 

Suami : "Doktor kata baby 50-50..."

Saya : "Oh...(terdiam seketika).. takpalah...Alhamdulillah..biarlah doktor buat keja dia orang.. (Sambil pegang tangan suami dan tersenyum)... abang jangan risau..kejap lagi naiklah percent tu... 60..70...(saya cuba positifkan fikiran... dalam fikiran saya cuba recall semula perbualan di Teluk Chempedak... Inikah????)

Suami saya menjenguk baby sebelum balik rumah. Menurut nurse saya terpaksa habiskan masa selama 3 hari sebelum dibenarkan balik.

Dalam pukul 3pm, doktor datang melawat saya.

Doktor : "you macamana? Ada rasa sakit? Nurse ada bagi paracetamol??"

Saya : "Saya ok doktor... ada nurse bagi tadi."

Doktor : "Where's your baby?"

Saya : "Atas doktor... doktor atas kata baby 50-50.."

Doktor : "Ya ke??? Masa saya sambut tadi ok je dia menangis... mmm... takpa..saya naik atas pergi check"

Doktor datang semula selepas tengok baby.

Doktor : "Ya... ada masalah sikit.. you pergilah tengok anak you...Takpalah, i pergi dulu ya... rehat dan jangan stress-stress"

Saya : "Ok doktor...thank you.."

Saya sambung rehat.  Ramai datang melawat saya.  Mak abah saya, mak abah mertua saya, abang ipar, kakak ipar.  Happy saya...

Tiba-tiba abah datang dan peluk saya...(Al Fatihah untuk arwah abah).  Abah menangis tengok saya. Saya tak tau apa dalam fikiran abah waktu tu.(Ya ALLAH, kasihnya abah pada saya).  Itulah buat saya juga turut menangis. Abah minta saya sabar... Mereka bermalam di rumah cousin saya.

Suami saya pula balik cuci uri dan tanam uri.



15 FEBRUARI 2014; 1:17am

Malam tu saya tidur dengan nyenyak.  Tiba-tiba terasa orang sapu kepala saya.

Saya : "Eh abang... awalnya datang... lampu tak bukak lagi... abang tunggu baby ke???"

Suami : "Baby dah takda... (dia menangis...) tadi doktor call abang" (sambil tunduk)

Saya : (saya tarik suami saya dan memeluknya)....innalillahiwainnailahirojiun..."sabar abang...sabar ya.. (Sambil usap belakang suami) dah janji ALLAH...kita kena redha ya..."(air mata saya mengalir dan tiba-tiba berhenti...saya tak boleh menangis... tak boleh...saya kena kuat... terbayang-bayang baby semasa dalam bilik OT.  Saya hanya mampu melihat dia dari jauh... hanya dapat melihat sipi wajahnya... saya tak sempat cium...saya tak sempat sentuh.. saya tak sempat bau pun tubuh ahli syurga itu... Saya terkilan tak minta untuk cium baby.  Sedangkan waktu memandang baby saya memang nak sentuh dan cium baby... Tapi saya redha...dan hakikatnya saya sudah bersedia..saya dah lama bersedia..."recall pra bersalin")


......................................................................................

Bila bercerita pasal redha ini, saya teringat saat dan ketika saya berborak dengan baby semasa dalam perut.


Baby : (Bergerak menendang perut saya dari dalam)

Saya : "Baby rasa sempit ke?  Jangan nakal-nakal sangat ya... sakit perut mummy nih..."

Baby : (Bergerak lagi sebab dia rasa sentuhan tangan saya"

Saya : "Baby... mummy nak tanya... baby dah sedia ke jadi anak yang solehah buat mummy dan daddy???  Kalau baby tak sedia, mummy redha baby terus tinggal kat syurga... tapi kalau baby dah sedia...nanti jadi anak yang solehah ya... pandai mengaji...jaga solat...jadi anak yang bijak...pintar...baik" (ada lagi yang saya bualkan...tapi tak ingat)

Saya pernah terbaca tentang kisah anak-anak kecil yang meninggal semasa kecil...Jom saya ceritakan...

Di samping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak.

Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya...

.................................................................................
Kita sambung kisah saya semula...

Bila suami dah reda menangis, beliau menceritakan bahawa sudah lama beliau di luar ward.  Tapi pengawal tak benarkan masuk dan beberapa kali beliau cuba masuk. (pengawal takut kes kecurian bayi).  Suami saya ambik masa hampir sejam.  Rupanya beliau tak sanggup nak cakap anak beliau dah meninggal pada pengawal.

Tetiba pengawal datang ke tempat saya. Beliau seorang perempuan.

Pengawal : "Maaf ya kat akok tadi... akok tak tau anok awok meninggai.  Awok tak kabo.. Yalah awok menangis tadi yak.."

Saya : "ooo... ya ke??? takpalah kok..."

Pengawal : "Awok banyok-banyokkan bersabor ya... jangan fikir sangat. Anok tu dah jadi ahli syurga...dah tunggu awok dah...dialah nolong awok nanti."

Saya : (Sambil tersenyum) "Terima kasih kok..."

Suami saya balik semula kerumah.  Katanya baby kena ambil dalam pukul 10am keatas.

Saya sambung tidur dan dalam pukul 4:30 nurse kejutkan saya untuk bergerak ke tandas.  Masya ALLAH... sakitnyalah.  Rasa sakit nak mengangkat kaki...(Rasanya siapa yang pernah bersalin ceaserean mesti tau bertapa sakitnya...rasa nak menangis)  Masa ini saya rasa nak panggil suami datang semula.

10:30am

Suami saya datang kata nak bawak balik baby dan tanam di kampung.  Mak dan abah dan mak mertua saya bersama-sama suami saya hantar baby balik kampung.  Arwah abah saya dah balik petang semalam untuk uruskan kubur untuk baby.

Saya minta suami saya untuk tunjukkan mayat anak sebab saya nak cium.  Tapi mungkin tempat mengambil jauh dari wad, suami terus bawa balik kampung.


saya tanam bunga ros jepun atas kubur.  Gambar waktu petang.  So, tak nampak bunganya.
Doktor datang melawat lagi.

Doktor : "How's your baby?"

Saya : "Dah meninggal doktor.  Sekarang dah sampai ke kampung.  Lepas zuhur mereka tanam"

gambar arwah. oleh kerana saya tak tengok mukanya sebenar, cousin saya snapkan gambarnya.

mulutnya ternganga sebab dimasukkan wayar dalam mulut.

Doktor : "Ohh... im sorry..." (doktor jumpa nurse dan berbual sebentar)

Kemudian...

Doktor : "Marina, i tukarkan you ke first class ya."

Saya : "Kenapa doktor?  kak Long Erica saya suruh pindahkan ke?"

Doktor : "Bukan, i risau you stress nanti.  Sebab around you ada baby... dan menangis...dan... you know kan...I tak mau you stress nanti" (sambil pegang bahu menenangkan saya)

Saya : " oooohhh... hehehe.. takpa doktor...i'm ok...takda masalah"

Doktor : " Betul ke you ni? Betul???"

Saya : "Betul... " (sambil tersenyum)

Di kampung pula, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.  Baby selamat di tanam.

16 FEBRUARI 2014

Abah, adik dan adik ipar saya datang untuk bawa saya balik. Di kampung ramai orang kampung datang melawat saya.  Ramai yang sama-sama menangis walau saya tak menangis... hahaha... saya lak menangis teman dia orang menangis.

Saya berpantang di kampung selama 3 bulan.  Proses membuat pendaftaran semua suami saya lakukan.  Daftar kelahiran dan daftar kematian.

Sepanjang saya berpantang, mak dan arwah abah serta adik beradik saya bergilir-gilir temankan saya. Arwah abah memang akan duduk di sofa hujung kaki saya.  Sebab dari situ beliau direct dapat pandang mata saya.

Dalam masa yang sama saya sibuk mengeringkan susu badan saya yang banyak keluar. Saya gunakan sikat untuk urut dada supaya susu keluar.  Takut membengkak.

Arwah Abah : "Awok jangan banyok fikir Marina.  Anok tu pasti dah tempat dia di syurga. Awak ni insan terpilih.  Tok sema orang dapat anok syurga macam awok.  Mok awok pun dua simpan kat syurga.  Esok dia nunggu awok kat syurga. Syukur sangatlah awok tu.." (ingat lagi dia bercakap)

Saya : "Aboh jangan risau... kak ngah ok je... kak ngah redhalah aboh... no worries..ok"(sambil saya membaca buku motivasi... dulu saya suka H.M Tuah dan Hj Fadzillah Khamsah.  Zaman sebelum Prof Dr Muhaya)

Dia memang tak tinggalkan saya.  Dalam tempoh tu dia banyak duduk kat rumah.  Arwah abang long saya pun dia suruh temankan saya kalau dia keluar. Suruh borak-borak dengan saya.  Mak pun jadi mangsa.  Temankan saya.

Di rumah, mak yang sediakan semua untuk saya semasa berpantang... Makan minum saya...

Ibu bapa yang kehilangan anak jangan lah bersedih ya... Syurga dah pasti buat anak-anak kita...

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa.

Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu.

Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. "
 (Ad-Dahr: 11)

SELEPAS BERPANTANG

1) BANTUAN

Saya cuba bangkit dari kesedihan. Sehingga kini rezeki anak di sini masih belum ada lagi...In Shaa ALLAH.

Sepanjang 7 tahun saya banyak dibantu oleh mak dan abah.  Malah Parlimen Bera juga memberi bantuan kepada saya yang ketika itu tidak bekerja kerana terpaksa berhenti kerja.  Penyakit saya makin teruk bila saya tak boleh lagi mengadap komputer.

Bantuan kewangan telah diberikan oleh Parlimen Bera bagi mereka yang mempunyai sakit kronik.  Saya sempat dapat dua kali terima bantuan. Mereka yang bertanggungjawab adalah Puan Sabariah bt Saidan, En Tahzir dan Datuk Ismail Sabri.
En Tahzir dan Puan Sabariah

Datuk Ismail Sabri dan Puan Sabariah

Sekarang saya sudah bekerja dan Alhamdulillah asbab VIVIX SHAKLEE, dan beberapa vitamin yang lain, TUMOR saya boleh di kawal dan saya tak ada langsung masalah dengan penglihatan saya, walau kerja saya sekarang semuanya menggunakan komputer.

2) SIAL

Kesedihan saya mengenai anak bukan kerana baby meninggal.  Saya REDHA atas segala ketentuanNYA. Tetapi yang menjadi kesedihan saya adalah saya di katakan sebagai perempuan sial kerana lahirkan anak dan anak itu meninggal.  Saya tidak kenal pun perempuan itu.  Malah beliau pun tak kenal saya.  Beliau isteri kepada kawan suami saya...Al Fatihah untuk beliau... saya pun dah maafkan dia.  Inilah bila nafsu melebihi akal... Nauzubillahiminzaliq...


3) TUMOR

Ada juga yang menjaja cerita anak saya meninggal kerana penyakit saya. Sedihnya... mereka macam tak tau qada dan qadar.  Saya tak mahupun penyakit ini.... saya pun taknak anak yang saya kandung 9 bulan pergi jauh dari saya buat selamanya...

Saya mengadu dengan doktor dan doktor tergelak...

Doktor : "Marinaa... orang yang sakit macam you dah ada 6 orang anak pun... ini kita katakan bukan rezeki you kat dunia...setakat ni takda pesakit seperti you yang anaknya meninggal... kes you special sikit"

So, siapa yang ada masalah seperti saya jangan risau ya...  TUMOR bukan penyebab...

4) BERHENTI KERJA

Selepas bersalin saya cuba kerja semula dengan PETRONAS.  Cukup setahun je saya tak mampu bertahan dan terpaksa berhenti sekali lagi kerana mata mula mengecil dan hormon saya semakin meningkat.

Saya jadi sangat susah waktu itu.  Inilah dugaan saya...ALLAH nak uji saya... duit takda...

Dapat jadi cikgu sekolah yang maksimum saya dapat hanya RM500 sebulan.  Tolak minyak kereta dan sewa rumah dan makan, jadi negative juga. Pernah sekali tu kerana cuti 2 minggu, gaji saya hanya RM300 lebih... hahaha... Perlukah saya biarkan diri saya jatuh??? Perlukah saya menangisi hidup saya??? 

Mak dan abahlah banyak cover life saya.

Saya akan ceritakan bagaimana saya bangkit dan pendapatan saya lebih dari 6 kali ganda... di PART 4..

5) TERTEKAN

Saya mungkin kuat anak saya meninggal... saya mungkin kuat suami saya kahwin lain dan ada seorang anak (saya izinkan)... saya mungkin kuat orang kata sakit saya yang sebabkan semuanya... Saya mungkin kuat orang kata saya "sial"...Tapi saya tak kuat kalau saya tengok emak saya menangis kerana ada yang bertanya direct "betul ke marina dah tak boleh mengandung sebab sakit dia tu, itu sebab suami dia kawin lain??".

Suami saya tak salah, penyakit saya tak salah... semua itu dah qada dan qadar yang perlu saya terima...

Saya nak stop kesedihan emak saya.  Dah banyak dia menanggung kesedihan kerana saya.  Cukuplah kehilangan arwah abang.  Saya taknak lagi tengok dia menangis kerana saya. (Alhamdulillah, sekarang beliau dah sihat.  Saya bagi makan VIVIX, B Complex)

6) BERPISAH

Saya menjauhkan diri dari orang yang saya sayangi. Saya mendiamkan diri sehingga setelah istikharah beberapa kali, saya buat keputusan untuk undurkan diri secara baik. Menyayangi tak semestinya kena hidup bersama. Mendoakan yang baik-baik dan melihat orang yang kita sayang bahagia dah lebih dari cukup.  "Life must goes on.."  Sakit saya adalah lebih penting... saya perlu sihat... saya perlu kuat... saya tak mahu mati sebelum saya berusaha untuk pulih... Saya tak boleh tertekan..kalau tak hormon saya akan meningkat dan takut TUMOR saya semakin besar.  Yalahkan...first MRI dah 1cm... sedangkan TUMOR tak boleh lebih dari 1cm.

 Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan... saya berpisah secara baik...


7) ANAK ANGKAT

Emak : "Marina, ambiklah anak angkat.... senang esok dah tua..ada orang jaga.." (mak saya pernah suarakan masa saya jaga beliau selama 2 minggu di Hospital Kuantan.  Malam-malam saya akan tidur dalam sejam dua atas katil berpelukan dengan mak)

Hati saya masih belum terbuka untuk ambik anak angkat.  Tumpang-tumpang anak kawan adalah... hahaha... anak angkat gak kan...

Tapi saya cuma terniat, saya taknak ambik seorang anak tetapi saya nak jaga ramai anak...  Semoga ALLAH berikan saya rezeki yang melimpah ruah untuk saya bantu anak-anak yang tiada keluarga...bukan sorang tapi ramai...In shaa ALLAH...impian saya... semoga saya berjaya...Aamiin...

Mak saya berfikir ke situ kerana taknak saya terbiar seperti orang di sebelah katilnya.

Saya cerita sikit kisah di Hospital, supaya jadi pengajaran.  Saya selalu jadi pembantu kepada orang yang takda anak atau takda siapa jaga. Saya suapkan makan dan tolong apa yang patut.  Pernah sekali yang ada anak pun tak dipedulikan anak.  Sedih... pernah berlaku depan mata saya. Anak datang melawat mak dan pandang dari jauh.  Bila mak muntah terus lari tinggalkan mak nya... Kebetulan arwah abah ada.

Arwah Abah : "ALLAHUAKBAR...Marina... pergi tolong mak cik tu... "

Saya cepat-cepat tolak mak cik bangun... bagi mak cik tu kumur dan minum air.  Panggil nurse untuk cuci muntah. Badan mak cik agak sensitif kerana seluruh tubuhnya mengelupas dan berair.  Kesian dia.  Hanya nurse yang pandai teknik tukar semua cadar dan pakaian mak cik tu)

Sebelum balik, abah pesan kat mak cik tu.

Arwah Abah : "Ada apa-apa mintak tolong ngan Marina nie... saya ada kat bawoh... nak makan apa-apa cakap je... Marina boleh beli...saya boleh beli..takyoh fikir pasal duit ya... In shaa ALLAH, saya dah didik baik anok saya ni... takda benda hal lah... cakap ajelah..." (Erkkk... )

Mak cik : "Yalah, terima kasih lah"...(sambil senyum)

........................................................

HIDUP BARU BERMULA



Saya bangkit dari segala kesedihan... bagaimana saya bangkit???? Bagaimana saya melupakan semua di belakang????Mampukah saya??? Sihatkah saya???

Ada rencana atas nikmat SIHAT saya...??? ALLAHUAKBAR... yang maha mengetahui segala perancangannya...

Alhamdulillah, saya bangkit dan berjaya dalam kerjaya saya dan business saya...

In shaa ALLAH, cerita kejayaan saya akan saya cerita di Part 4.
..............................................................


PENGAJARAN

1) Sentiasalah mengingati Syurga luasnya melebihi langit dan bumi


2) Sentiasa mempunyai niat untuk membantu orang lain dan bukan hanya memikirkan diri sendiri.  Jadikan kepakaran diri membantu orang lain.


3) Jangan hanya berserah...Usaha ..doa... tawakal..



4) Jangan sesekali berputus ada dan bersedih menyesali.



5) Jangan bersedih, maafkanlah orang yang berbuat jahat kepada kita.  Lupakan segala cercaan dan kutukan... ALLAH ada bersama kita...



6) Penyakit itu ada seribu hikmah.  Janganlah bersedih kerana setiap musibah kita tak tau hikmah di sebaliknya.

7) Carilah supplement yang terbaik.  Jangan sesekali sayang duit untuk sihat.  Sebab duit akan habis kalau terpaksa mengubati.  Macam saya, saya kekal ambil VIVIX di samping makanan sunnah.


Sekian untuk kali ini.  Berjumpa lagi di part 4.









No comments:

Post a Comment