Friday 27 March 2015

Mata Rabun, Silau atau Buta??? Carotomax Shaklee vitamin ajaib untuk mata



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati



Semua orang nak mata yang cantikkan?? Begitu juga saya.  Tapi saya mungkin buta kalau tak rawat mata saya ini terlebih awal.  Alhamdulillah sekarang dah ok.

Al kisahnya, saya mempunyai Tumor di kepala. Masalah saya adalah di mana Tumor betul-betul terletak di belakang saraf mata saya. Which is, saya berisiko untuk buta.

Nauzubillahiminzaliq.. First time dengar cakap doktor tu saya macam terkesima... mulut ternganga...hahaha...betulll... tapi tulah... kena redhalahkan...

Ok, kita teruskan.

Kebergantungan saya pada ubat sangat tinggi. Di awal rawatan saya diberikan Bromocriptine dan sekarang dah bertukar ubat paling kuat iaitu cabergolin.  Detail boleh baca di Part 1, Part 2 dan Part 3.  Kita bercerita pasal mata saya pula dalam bab ni ya...

Alhamdulillah sejak saya ambil Vivix Shaklee dan juga Carotomax, penglihatan saya sangat baik. Syukur sangat-sangat.  MRI pun doktor dah tak buat tergesa-gesa.  Satu keputusan yang sangat positif.

Selepas saya makan Carotomax, apa yang saya perasan adalah :-

1) Tak perlu lagi menjalani ujian visual mata di Hospital Pakar... Seronok tau...

2) Mata dah tak silau sangat bila memandu.  Saya suka drive malam bila balik ke kampung. Alhamdulillah... Asbab... Shaklee asbab kesihatan saya menjadi lebih baik.

3) Tengok PC mata dah tak rasa bergegar walau sekarang kerja saya mengadap PC lebih dari 8 jam...kekadang 12 jam sehari. (Processor finance...banyak nak kena clearkan..maklumlah kerja dengan company besar)



4) Mata saya orang nampak sama besar.  Dulu mata saya kecil sebelah terutama ketika saya stress. Tapi dulu saya ambik drug...druggg??? hehehe..(ubat doktorkan ada drugg) mudah nak kawal kalau saya stress... Tapi sekarang saya makan 2 kali je sebulan ubat doktor bagi tu... Maksudnya, kebergantungan ubat dah rendah...Ajaibkan...

5) Tak pening kepala... selalunya sakit kepala dekat seminggu... kalau adapun sekejap...  Alhamdulillah..

Sebenarnya pada permulaan saya agak down juga. Yalah macam-macam fikir.  Kalau buta siapa nak jaga?? Kalau itu..kalau ini...Tapi orang buta boleh je jaga diri sendirikan.. Errkkkk...teringat kata Ustaz masa dengar ceramah dulu.. jangan sesekali cakap pasal "kalau..."
Saya berfikir macam tu adalah sebab rasa takut yang tinggi. Redha hanya di mulut je masa tu.  Tak selari dengan hati. Lama kelamaan saya betul-betul REDHA... Tapi saya tak boleh mengalah.  Saya perlu bangkit.. Saya taknak menyusahkan emak saya selepas pemergian abah saya (Al Fatihah). Saya mesti dapatkan ubat untuk penyakit saya. Alhamdulillah, saya dah jumpa... Tapi bukan ubat... no...no.. pada drug... saya jumpa supplement iaitu Carotomax dan Vivix Shaklee.

Kita bercerita pasal Carotomax ya... Nak tau pasal tonic ajaib ni sila tekan Vivix Shaklee..

------------------------------------------------------------------------------

Carotomax merupakan vitamin A dan nutrisi yang terdapat dalamnya adalah :-

1) Alpha Carotene
2) Beta Carotene
3) Lycopone
4) Astaxanthin
5) Lutein
6) Zeaxanthin


Tengok list dalam gambar ni... Bolehkah kita makan semua ini dalam satu hari??? Kalau saya yang perut kecik ni cukup makan pisang 2 biji dah kenyang. Camna nak makan yang the rest tu kan... Tapi dengan teknologi semua tu boleh disatukan. dan kerana itu terhasilnya Carotomax Shaklee. Hebatkan... ??

So, Carotomax Shaklee ni boleh bantu siapa??? Siapa yang perlukannya??



1) Lelaki dan perempuan kerana ia berasaskan sumber dari alam semulajadi.  Kanak-kanak berumur 7 tahun keatas dibenarkan makan.. Eloklah bermula pada umur yang muda.  Boleh kita perbaiki masalah penglihatan dari peringkat awal lagi.

2) Mereka yang tidak mengamalkan diet seimbang terutama yang tidak suka makan buah buahan dan sayur sayuran.  Sebab vitamin untuk mata lebih kepada buah-buahan. Yang Diet Atkins bolehlah ambik Carotomax Shaklee nih.

3) Mereka yang mengalami masalah berkaitan mata seperti rabun dan silau. Risiko hilang penglihatan agak tinggi. Kadangkala mereka yang memakai cermin mata kerap pening kepala.  In Shaa ALLAH boleh dibantu dengan Carotomax Shaklee.  Cegah sebelum terlambat.

http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/rabun-silau



4) Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti mempunyai kesan parut yang teruk.

5) Mereka yang mengalami ketumbuhan atau kanser di bahagian kepala yang melibatkan mata. Contohnya seperti saya.  Carotomax dapat membantu mencegah sel-sel kanser membiak dan sebagai antioksida dan anti kanser/tumor.



6) Mereka yang ada masalah Katarak dan Gluacoma.  Carotomax Shaklee boleh membantu memperbaiki lapisan luar kornea.



Adakah anda salah seorang seperti di atas... Jika ya, anda perlukan bantuan dari Carotomax.. Vitamin A untuk mata.  Melainkan anda mampu makan semua buah-buahan tersebut setiap hari...


Tanda-tanda mata kita alami gangguan adalah seperti:-

1) Pening kepala

2) Pedih mata

3) Cepat mengantuk

4) Hilang kosentrasi

5) Kabur penglihatan

6) Mata berair


Tips Untuk Masalah Rabun Mata Dan Silau

Terdapat 5 tips untuk anda.

1) Berdiri di satu posisi dan lihat kepada pokok yang hijau dalam tempoh 10 minit setiap pagi. Fokus pada titik tersebut dan buat dalam beberapa kali.

2) Anda perlu rehatkan mata anda setelah melihat skrin komputer lebih daripada 30 minit. Pejam dan celik mata berulangkali untuk meregangkan otot mata.

3) Titiskan 2-3 titik madu ke dalam mata. Petua ini saya perolehi daripada buku Rasulullah is My Doctor. Madu asli ya... nanti semut datang pula gigit mata kalau tak original.

4) Jangan membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar. Jangan pandai-pandai tutup lampu dan berchating dalam gelap.. cari penyakit.. Penyakit Rabun namanya.

5) Amalkan untuk minum jus lobak merah tanpa gula dan ais. Banyakkan makan makanan daripada sumber Vitamin A.  Paling mudah ambik Carotomax Shaklee yang memang sudah terbukti keberkesanannya.

Mudahkan tip-tip yang diberikan.

Paling penting adalah, Carotomax merupakan vitamin mudah larut.  Anda tidak perlu risau untuk mengambil Carotomax kerana ianya dalam bentuk provitamin A, yang mana HANYA akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja, dan akan disingkirkan dari tubuh jika berlebihan. Jadi tiada kes Vitamin A tersimpan dan menjadi toksik seterusnya membahayakan kesihatan.

Kita kena bijak memilih supplement yang terbaik untuk mata kita.

Saya yakin dengan shaklee sebab ianya halal dan ada kelulusan KKM...



Malah Shaklee juga merupakan company yang banyak membuat ujian klinikal ke atas setiap keluarannya dan merupakan vitamin semula jadi tanpa pengawet.

Lagipun Shaklee pun dah ada vitamin yang umurnya 100 lebih tahun dan sampai kini masih lagi menjadi multivitamin di raking tertinggi.



Jika rakan-rakan mempunyai masalah berkaitan dengan penglihatan, eloklah ambil Carotomax.  Jangan biarkan masalah itu berterusan.  Sebab semakin umur kita lanjut semakin lemah sistem badan kita untuk protect badan kita.

Pilih jalan yang termudah dan selamat.

Saya doakan anda diberikan kesihatan yang baik dan boleh melakukan ibadah dengan baik.








***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda turut menjadi faktor utama, TIADA JAMINAN anda akan terus pulih... walau sudah ramai berpuashati selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Asbab... 


Tuesday 13 January 2015

[Pelancaran Ebook Now Everyone Can Kurus]

[Pelancaran Ebook Now Everyone Can Kurus]

Alhamdulillah...

Ebook ini telah dibaca oleh lebih 20 orang yang terpilih sebagai preview. Komen mereka, Ebook ini 'SUPERB'.. Seriously...

Dengan formula M.E.S.T.I Kurus telah berjaya membantu Firdaus menurunkan berat badan sebanyak 11.5kg dalam tempoh 100 hari... HEBAT..



Mungkin anda boleh lebih dari itu...

Ada 2 cara untuk dapatkan Ebook ini.

1. Beli Pada Harga RM10

- Anda boleh bank in RM10 di akaun Maybank Siti Marina Abd Rahim. No. 114106035874

ATAU

2. Ebook ini secara 'PERCUMA'

Caranya, anda WAJIB SHARE status ini.  Kemudian, komen "Saya Nak" di ruangan komen.

Selepas anda Bank In RM10 atau SHARE status ini, anda boleh download ebook ini di :


http://www.noweveryonecankurus.com/marina/

Sejujurnya, saya tidak ada budget besar untuk mempromosikan ebook ini kepada ramai orang.

Namun ada hadiah misteri yang lumayan bagi mereka yang join program ini...

Jadi, anda perlu bantu saya.  Tekan button SHARE di bawah ini.

Semoga bagi manfaat kepada rakan-rakan anda yang lain dan saya doakan "ALLAH berikan ganjaran syurga tanpa di hisab bagi mereka yang SHARE status ini"...Aamiin..


Siti Marina Abd Rahim
#DareToBeDifferent
012-3040584

Wednesday 10 December 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE, HAMIL, SET KESUBURAN PCOS SHAKLEE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati

Alhamdulillah selepas berjaya membantu rakan-rakan saya mengandung (CLICK DI SINI), saya nak share secara detail set kesuburan dan set kesuburan PCOS. Secara ringkasnya mengenai vitamin-vitamin yang terbaik dalam set-set ini.


A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):

 Vitamin Asas sangat penting bagi permulaan untuk kita betulkan segala kekurangan nutrisi di dalam badan kita. Sebab sepanjang kita hidup, kita selalu lupa akan keseimbangan nutrisi dalam pengambilan makanan.  Betul atau Betul... So, kita betulkan dahulu dengan Vitamin Asas oleh Shaklee.

1) Vita-Lea (Multivitamin) - 120 biji (4 Bulan)



Ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan.

2) B-Complex with Folic Acid - 120 biji (4 Bulan)
 

Vitamin ini lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

Kebiasaannya kita menyarankan agar pengambilan Vitamin B-Complex ini seawal 3 bulan sebelum perancangan mengandung.

3) Energy Soy Protein (2 Bulan)

Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.



4) Vitamin-C Sustained Release - 180 biji (6 Bulan)



Kandungan anti oksidannya yang tinggi boleh menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal dan menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan lebih banyak darah. Terutama bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.


B) Vitamin Kesuburan Lelaki/Suami:-

Kita panggil Vitamin Cinta.  Vitamin-vitamin yang merangsang hormon dan juga yang menambah jumlah sperma.
 
1) Zinc Complex - 120 biji (4 Bulan)


Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

2) Vitamin E Complex dan Selenium - 120 Biji (4 Bulan)


Terkenal sebagai “vitamin seks” kerana ia membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing. Selain fungsi untuk kecantikan, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

C) Vitamin Kesuburan Isteri :

Vitamin untuk isteri ini untuk membetulkan system reproduktif dan juga sebagai perapat.

1) GLA Complex - 60 biji (1 bulan )



     Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan.

   GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi di mana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

2) Alfalfa - 700 biji (2-3 bulan)



Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya. Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

PCOS sangat sinonim dengan pasangan tidak dikurniakan zuriat setelah sekian lama berkahwin (1 tahun ke atas). Kepada anda yang dibelenggu dengan PCOS, usah risau. Shaklee telah membuktikan, pesakit PCOS juga boleh hamil. Usaha dan tawakal menjadi kunci utama. InsyaAllah.

Apa itu PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)?

Dalam ovari normal, folikel akan matang dan membebaskan telur (ovum) melalui tiub fallopio dan seterusnya bergerak ke rahim apabila disenyawakan.

Ovari yang mempunyai masalah PCOS mempunyai banyak folikel telur yang tidak membesar dan tidak matang. Folikel ini tidak terovulasi (melepaskan telur), maka telur tidak boleh disenyawakan.

Apabila ovulasi tidak berlaku, maka hormon progesterone juga tidak akan dilepaskan. Tanpa hormon progesteron, kitaran haid wanita penghidap PCOS menjadi tidak menentu malah ada yang langsung tidak haid.


Apakah simptom PCOS?

1. Overweight
2. Kitaran haid yang tidak menentu. (terlalu sedikit atau langsung tiada)
3. Mudah tumbuh jerawat
4. Bulu roma banyak di tubuh, muka, payudara dan kaki
5. Mood swing (tidak menentu)
6. Masalah kesuburan yang menyebabkan keguguran berulang
7. Menghidap diabetes (kandungan gula dalam darah tidak seimbang)

Bagaimana nak memastikan saya penghidap PCOS atau tidak?

PCOS yang sebetulnya boleh di pastikan dengan ujian darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke-2 haid. ( Hormon FSH selalunya lebih tinggi dari LH). Jika LH melbehi tahap FSH sebanyak 2 kali ganda, maka dia akan di sahkan doctor mengalami PCOS. Di harap sesiapa yang rasa ada mengalami perkara seperti di atas dan ingin mengetahui nya boleh menjalani ujian darah untuk mengetahui kebenarannya.

Apa yang penting jika saya disahkan sebagai penghidap PCOS?


Diet tidak berkanji telah di cadangkan boleh menurunkan berat badan dan di harap boleh meningkatkan kesuburan bagi mereka yang mengalami PCOS. Hendak lah pesakit membaca lebih banyak maklumat mengenai diet dan senaman untuk pesakit PCOS. Ini adalah kerana, diet untuk pesakit PCOS amatlah penting.

Pesakit PCOS tidak boleh makan karbohidrat ringkas seperti gula, minuman bergula, kuih muih, mi, kuey teow, lemang, nasi himpit dan lain-lain. Apatah lagi makanan ringan, coklat, aiskrim, kek dan sebagainya. Kadang-kala, nasihat sebegini menyebabkan pesakit terkejut, sedih dan ada juga marah kerana makanan kesukaan tidak lagi ada dalam 'menu'.

Apa supplement Shaklee yang boleh atasi masalah PCOS?

Bertenanglah. Setiap penyakit ada penawarnya. Shaklee mempunyai GLA Complex, Alfalfa Complex dan Omega Guard untuk penghidap PCOS hamil.

In Shaa ALLAH setiap usaha dan tawakal akan membuahkan hasil.  Selalulah meminta pada ALLAH SWT akan rezeki.

Sentiasa berfikiran positif akan setiap ujian yang ALLAH berikan.  Saya mendoakan anda berjaya mengandung dan sihat sentiasa.

Jika anda inginkan nasihat jangan segan silu untuk hubungi saya.  FREE consultation

INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE??? SILA CLICK DI SINI

"Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. 

Wednesday 12 November 2014

4 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN.. SILA BACA.. PASTI MENGEJUTKAN!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati

Hari ini saya nak ceritakan tentang apa yang kita makan hari-hari dan side effectnya kepada tubuh badan kita.

4 JENIS MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN.. SILA BACA.. PASTI MENGEJUTKAN!!

Sebenarnya makanan yang perlu dielakkan sangat banyak.  Tetapi saya nak terangkan hanya 4 jenis makanan yang kita selalu letakkan sebagai “WAJIB” ada dalam setiap rumah. Betulkan???? Kalau disuruh angkat tangan kepada yang membaca penulisan saya ini mesti takda seorang pun yang tidak ada dari 4 jenis makanan yang akan saya bincangkan… hehehe… Akuilah ia…

Saya akan terangkan tentang :-
1) Mee Segera
2) Sardin
3) Minuman 2 in 1
4) Panadol

PERCUMA!! VITA-LEA JOIN SHAKLEE? KEAHLIAN SHAKLEE, PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE , KELEBIHAN AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati




[FREE VITALEA ADULT WITH NEW MEMBERSHIP + PRODUK PURCHASE!!]
======================
Starting 1 May 2015, any new member registration layak dapat FREE 1 UNIT VITALEA ADULT, dengan syarat mereka buat belian sekali, sebarang produk yang ada UV.

Contoh kalau beli Shaker tak dapatlah sebab Shaker takde UV.

Tiada minimum UV dikenakan. So kalau new member just register dan purchase 1 botol herbal blend (7 UV) saja pun, dah LAYAK dapat FREE VITALEA.

So please take note yer. Thanks.



Alhamdulillah jika anda sudah makan Shaklee dan Alhamdulillah juga , jika anda berpuas hati dengan ‘hasil’ yang anda dapat?  Jadi semakin sihat, aktif, cantik, kurus dan banyak lagi..hanya anda yang mengetahui kelebihan makan Shaklee.

Belian anda selama ini dengan harga retail??? Tak rugi ke??? Harga Ahli tak dapat, Bonus lagilahkan.. RUGI.. walau untuk diri sendiri…

Sunday 2 November 2014

Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee, mengandung, kehamilan Shaklee


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati

Menerima perkhabaran gembira dari sahabat saya.  Berita gembira yang beliau telah mengandung 5 minggu setelah 3 tahun mencuba.  SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHUAKBAR...

Alhamdulillah, supplement hanyalah asbab kepada ke kejayaan seseorang mencapai apa yang mereka ingini.  Nak kurus ke, nak cantik ke, nak sihat ke... semua kena usaha...  ALLAH SWT pun memang menyuruh kita berusaha, berdoa dan bertawakal.  Yang penting selalulah meminta dengan ALLAH... sebab ALLAH selalu rindukan doa-doa dari hambaNYA.

Sepanjang setahun ini, kawan saya 2 orang berjaya mengandung dan asbabnya adalah pengambilan supplement dan kawalan emosi yang stabil.

Kes 1



Perkenalan kami ini semasa menaiki bas yang sama ketika pergi dan balik kerja.  Borak punya borak maka terkeluarlah pasal apa saya buat sekarang.  Malah muka saya yang agak ceria buat sahabat saya ini tertarik.  Yalah, dulu muka kusam je... macam orang sakit (memang sakitpun...hehehe)

Set Kehamilan_Mengandung Shaklee yang terbaik, Trimester 1, Trimester 2 & Trimester 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati





Alhamdulillah, saya nak bercerita sedikit tentang manfaat-manfaat yang anda boleh dapat dalam Set Hamil/mengandung Shaklee.

Set ini terbahagi kepada 3 Set mengikut Trimester Kehamilan/Mengandung.  Saya telah bahagikan kepada 2 seperti di bawah.  Ini kerana set untuk Trimester 2 & 3 adalah sama.