Wednesday 10 December 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE, HAMIL, SET KESUBURAN PCOS SHAKLEE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam penuh rasa kasih sayang dan semoga kita semua diberikan kehidupan yang baik, sihat dan bahagia, In Shaa ALLAH.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tiada Penyakit Yang Tak Boleh Di Ubati Kecuali Mati

Mencegah Itu Lebih Baik Dari Mengubati

Alhamdulillah selepas berjaya membantu rakan-rakan saya mengandung (CLICK DI SINI), saya nak share secara detail set kesuburan dan set kesuburan PCOS. Secara ringkasnya mengenai vitamin-vitamin yang terbaik dalam set-set ini.


A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):

 Vitamin Asas sangat penting bagi permulaan untuk kita betulkan segala kekurangan nutrisi di dalam badan kita. Sebab sepanjang kita hidup, kita selalu lupa akan keseimbangan nutrisi dalam pengambilan makanan.  Betul atau Betul... So, kita betulkan dahulu dengan Vitamin Asas oleh Shaklee.

1) Vita-Lea (Multivitamin) - 120 biji (4 Bulan)



Ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang dewasa. Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan.

2) B-Complex with Folic Acid - 120 biji (4 Bulan)
 

Vitamin ini lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

Kebiasaannya kita menyarankan agar pengambilan Vitamin B-Complex ini seawal 3 bulan sebelum perancangan mengandung.

3) Energy Soy Protein (2 Bulan)

Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain.

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.



4) Vitamin-C Sustained Release - 180 biji (6 Bulan)



Kandungan anti oksidannya yang tinggi boleh menghapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal dan menjadikan salur darah lembut, mengembang dan membantu mengalirkan lebih banyak darah. Terutama bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.


B) Vitamin Kesuburan Lelaki/Suami:-

Kita panggil Vitamin Cinta.  Vitamin-vitamin yang merangsang hormon dan juga yang menambah jumlah sperma.
 
1) Zinc Complex - 120 biji (4 Bulan)


Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang pembentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

2) Vitamin E Complex dan Selenium - 120 Biji (4 Bulan)


Terkenal sebagai “vitamin seks” kerana ia membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing. Selain fungsi untuk kecantikan, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

C) Vitamin Kesuburan Isteri :

Vitamin untuk isteri ini untuk membetulkan system reproduktif dan juga sebagai perapat.

1) GLA Complex - 60 biji (1 bulan )



     Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan.

   GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi di mana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).

2) Alfalfa - 700 biji (2-3 bulan)



Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya. Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

PCOS sangat sinonim dengan pasangan tidak dikurniakan zuriat setelah sekian lama berkahwin (1 tahun ke atas). Kepada anda yang dibelenggu dengan PCOS, usah risau. Shaklee telah membuktikan, pesakit PCOS juga boleh hamil. Usaha dan tawakal menjadi kunci utama. InsyaAllah.

Apa itu PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)?

Dalam ovari normal, folikel akan matang dan membebaskan telur (ovum) melalui tiub fallopio dan seterusnya bergerak ke rahim apabila disenyawakan.

Ovari yang mempunyai masalah PCOS mempunyai banyak folikel telur yang tidak membesar dan tidak matang. Folikel ini tidak terovulasi (melepaskan telur), maka telur tidak boleh disenyawakan.

Apabila ovulasi tidak berlaku, maka hormon progesterone juga tidak akan dilepaskan. Tanpa hormon progesteron, kitaran haid wanita penghidap PCOS menjadi tidak menentu malah ada yang langsung tidak haid.


Apakah simptom PCOS?

1. Overweight
2. Kitaran haid yang tidak menentu. (terlalu sedikit atau langsung tiada)
3. Mudah tumbuh jerawat
4. Bulu roma banyak di tubuh, muka, payudara dan kaki
5. Mood swing (tidak menentu)
6. Masalah kesuburan yang menyebabkan keguguran berulang
7. Menghidap diabetes (kandungan gula dalam darah tidak seimbang)

Bagaimana nak memastikan saya penghidap PCOS atau tidak?

PCOS yang sebetulnya boleh di pastikan dengan ujian darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke-2 haid. ( Hormon FSH selalunya lebih tinggi dari LH). Jika LH melbehi tahap FSH sebanyak 2 kali ganda, maka dia akan di sahkan doctor mengalami PCOS. Di harap sesiapa yang rasa ada mengalami perkara seperti di atas dan ingin mengetahui nya boleh menjalani ujian darah untuk mengetahui kebenarannya.

Apa yang penting jika saya disahkan sebagai penghidap PCOS?


Diet tidak berkanji telah di cadangkan boleh menurunkan berat badan dan di harap boleh meningkatkan kesuburan bagi mereka yang mengalami PCOS. Hendak lah pesakit membaca lebih banyak maklumat mengenai diet dan senaman untuk pesakit PCOS. Ini adalah kerana, diet untuk pesakit PCOS amatlah penting.

Pesakit PCOS tidak boleh makan karbohidrat ringkas seperti gula, minuman bergula, kuih muih, mi, kuey teow, lemang, nasi himpit dan lain-lain. Apatah lagi makanan ringan, coklat, aiskrim, kek dan sebagainya. Kadang-kala, nasihat sebegini menyebabkan pesakit terkejut, sedih dan ada juga marah kerana makanan kesukaan tidak lagi ada dalam 'menu'.

Apa supplement Shaklee yang boleh atasi masalah PCOS?

Bertenanglah. Setiap penyakit ada penawarnya. Shaklee mempunyai GLA Complex, Alfalfa Complex dan Omega Guard untuk penghidap PCOS hamil.

In Shaa ALLAH setiap usaha dan tawakal akan membuahkan hasil.  Selalulah meminta pada ALLAH SWT akan rezeki.

Sentiasa berfikiran positif akan setiap ujian yang ALLAH berikan.  Saya mendoakan anda berjaya mengandung dan sihat sentiasa.

Jika anda inginkan nasihat jangan segan silu untuk hubungi saya.  FREE consultation

INGIN MENJADI AHLI SHAKLEE??? SILA CLICK DI SINI

"Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. 

No comments:

Post a Comment